Wednesday 18 January 2012

Mari mengenali apa itu Tingkatan Enam

Perbezaan antara Tingkatan Enam dan Matrikulasi. 


TINGKATAN ENAM

MATRIKULASI

Tempoh pengajian 3 semester
Sama
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Sama
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.
STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.


Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.
Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).
Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diplomaA-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.
Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi])
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual

GRED

STPM menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran. Terdapat 11 gred, iaitu A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-, D+ dan D, dengan F sebagai status Gagal.
Nilai Gred Mata Pelajaran
  • A - 4.00 (Lulus Penuh)
  • A- - 3.67 (Lulus Penuh)
  • B+ - 3.33 (Lulus Penuh)
  • B - 3.00 (Lulus Penuh)
  • B- - 2.67 (Lulus Penuh)
  • C+ - 2.33 (Lulus Penuh)
  • C - 2.00 (Lulus Penuh)
  • C- - 1.67 (Lulus Sebahagian)
  • D+ - 1.33 (Lulus Sebahagian)
  • D - 1.00 (Lulus Sebahagian)
  • F - 0.00 (Gagal)
Gred setiap kertas peperiksaan dinyatakan dalam slip keputusan dan juga sijil.

No comments:

Post a Comment